Nuffnang rakan niaga interaktif anda!!

Sunday, January 30, 2011

Penyokong Fanatik atau Penyokong Holigaan???

Salam semua.. Aku rasa terpanggil nak menulis berkenaan sikap "segelintir" penyokong Kelantan pada setiap kali perlawanan bolasepak. Ade saja yang masih tidak serik2  untuk membaling botol minuman, ada yang membakar mercun, ada yang membawa bendera parti politik, ada juga yang membakar bunga api dan bermacam - macam lagi tindak tanduk yang menyebabkan ketidakselesaan di kalangan pemerhati bolasepak.

Alhamdulillah, pasukan TRW menang, Piala Sumbangsih Sultan Ahmad Shah sudah berada di genggaman. Tapi sampai bila pe-el yang disebutkan di atas terus diulangi berkali2. Rasanye kali ini, penyokong selangor jauh dari tempat duduk penyokong kelantan. Sy yakin tiada sebarang provokasi dari pihak penyokong Selangor, Syabas untuk penyokong selangor yang memberi sokongan kepada pasukan mereka kerana penuh disiplin. Yang hairannye, kenapa sikap kebudak-budakan ini tak boleh dibuang. Klu pengetua sekolah aku dulu pernah cakap, perilaku ini dikategorikan sebagai "Uncivilized Barbarian ".. Agak kasar tapi aku rasa sudah tiba masa untuk para penyokong kelantan sendiri menyatakan secara terang-terangan, bahawa KAMI SANGAT TIDAK BERBANGGA DENGAN SIKAP PENYOKONG YANG TIDAK BERTAMADUN INI. Aku sendiri rasa amat ralat jika hadir menonton dikalangan penonton2 yang masih tidak boleh duduk dan menyanyikan lagu sorakan untuk pasuukan. Kenapa perlu ada balingan botol ? Kenapa perlu ada bedilan dan asap berkepul2? Kenapa perlu ada bendera politik?? Adakah kita kalah kalau kita tidak membaling mercun? adakah kita juga akan kalah kalau kita tidak membaling objek ke padang??

Aku ada membaca post dari salah seorang "peminat" yang menyatakan kalau disalurkan ketidak puasan hati pada saluran yang betul, tetap tidak mendapat perhatian. Siapa yang kata? kita ada ramai orang berpengaruh, terutama Tan Sri Anuar Musa yang kini merangkap Timbalan Presiden FAM. Tidak mungkin beliau mendiamkan diri andai ada perkara yang tidak memuaskan hati bagi pihak pasukan TRW.

Akhir sekali, sesiapa yang terasa dengan artikel ini, tulislah jejak anda. Aku cuma mahu "Anda" yang "terasa" itu sedar dan berubahlah. Sampai bila pasukan TRW terpaksa "membuang duit" kerana gara-gara" anda"  yang tidak boleh menunjukkan sikap sebagai penonton yang baik? Susah sangat kah untuk kita menjadi penonton yang waras, memikirkan masa depan pasukan TRW dan memikirkan juga nama baik negeri Kelantan. Ayuhhhhhh.. Sedarlahh.. Aku bukan hendak membebel, tapi aku rasa benda yang tidak betul ini perlu diperbetulkan..

Sekian....

Friday, January 28, 2011

Pasukan di hati.. Pahlawan Merah (The Red Warriors gagah perkasa)

Hehe arini.. takde keja nk tulis.. maka tertulislah citer pasal pasukan kegemaran aku.. Walaupon orang lain dok suka kat Man U, Arsenal, Barcelona, Real Madrid dan sebagainya, aku tetap menyokong pasukan negeri kelahiranku.. TRW.. The red warriors. Tak salah kot kita menyokong pasukan kita, untuk kebaikan dan kemajuan sukan negara jugak kan..

Walaupon tahun ni macam2 cerita tentang kisah "3 Abdul" yang cabut lari, tapi keputusan FAM memihak kepada mereka juga..terlepas sebarang hukuman.. kemudian diikuti dengan rentetan Coach B Sathianathan yang digantung selama 6 bulan.. Sian dia tak leh duk kerusi panas kat tepi stadium lagi.. Juga tentang stadium yang pada awalnya tidak menepati kecerahan lampu limpah (bahasa omputih Spotlight)..hehe nanti ingat ape yang limpah tu.. nak minimum 800 lumex.. akhirnya penambahbaikan lampu menjadikan dia 915 lumex, 115 lumex lagi cerah dari standard yang diperlukan.

Pada tarikh entry ini ditulis pon, akan berlangsung perlawanan Piala Sumbangsih antara Selangor dan Kelantan , bertempat di Stadium Shah Alam.. dalam diam2 aku tgk kat FB  katanye Kelantan jga jadi tuan rumahh walaupon main tempat lawan.. aku pon tak faham dlu.. pelik lah bertandang rumah org, tpi kita jadi tuan rumah.. pelik tak bunyi dia.. huhu.. tapi biter ni tak confirm..

Yang confirm adalah kecederaan beberapa pemain seperti Mat Yo ( Shahrul Idlan), S Chanturu dan beberapa lagi player. Kelantan terpakasa menggunakan saki pemain2 yang mempunyai semangat juang yang tinggi untuk merangkul Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama rasanye .. haha peminat tp byk benda tak tau..

Akhir sekali aku nk letak gambar batch the Kelate.net selaku kelab penyokong siber Kelantan yg dipetik dari FB jgak.. hehe terima kasih kepada tuan punya gambar..
 Yang ni plak logo pasukan skuad Kijang The Red Warriors Malaysia... Yehaaa selamat berjuang pasukan Kelantan...


Wednesday, January 12, 2011

Aku dan Alauddin

 Membawa watak penjaga gerai... huhu.. nama pon pelakon extra je.

Teraju drama Alauddin, Al Hijrah TV..



Kali ni aku nak bercerita kisah tak sengaja aku. Pada 11.1.11 fuh cantik giler tarikh tu, member aku yg sorang ni kebetulan cuti. Tetiba dia ajak aku, "jom ikut gi shooting kat subang." . aku pon memang tak tau nk buat ape..so follow jelah.. 

Hurm sesampai nye di sana, lepak2 tunggu krew2 yg lain datang. pastu diorang kumpulkan pelakon extra ni dan bahagikan tugas2. aku ngn member aku mula2 jadi orang kmpung yg menjual di gerai2, (gambar seperti di atas tu yeh) di mana berlakunya pertarungan .. selepas tu plak, kitorang kena jadi geng penyamun yang hendak mencuri harta istana diketuai oleh broga dan jaras. dan lagi satu scene kena jadi pengawal yg mengangkat tandu sultan alaudin.  fuh..penat jugak la shooting.. macam tak larat je nk buat lagi. Apapon klu nak tgk scene sekejap yg aku lakonkan tu, tunggu episod 12 citer alauddin di tv al hijrah..

 Pstt: scene penyamun tu confirm tak nampak sebab tutup muka kehkehhh

Thursday, January 6, 2011

BoBoiBoy.. Siri Animasi Terbaru Karya Tempatan


BoBoiBoy.. Yer, itulah nama siri Animasi terbaru yang bakal menggegarkan dunia fantasi kanak-kanak di Malaysia tidak lama lagi. Buah tangan sulung daripada Animonsta Studio ini merupakan hasil kreatif daripada anak muda tempatan tanpa menggunakan kepakaran dari luar negara membuktikan industri animasi 3D di Malaysia sudah mencapai satu tahap kematangan. Boleh dikatakan industri animasi tempatan sudah menginjakan ke usia remaja selepas kita menyaksikan animasi 2D seperti usop sontorian, kluang man, Kampung Boy dan sebagainya.

Ok fokus utama dalam blog kali ini adalah sedikit informasi untuk dikongsi berkenaan dengan BoBoiBoy. BoBoiBoy adalah satu watak yang mengambil tiga unsur iaitu Bo, Boi dan Boy. Bo mewakili watak yang menggunakan kuasa bumi, langit dan kilat. Yang menarik, watak ini dilakonkan dalam dua versi iaitu bahasa Melayu yang dibawakan oleh si cilik Nur Fathiah manakala versi bahasa Inggeris dibawakan oleh adik Wai Kay. Sudah pasti BoBoiBoy boleh menempa nama yang besar seperti watak Upin Ipin yang digilai sehingga ke seluruh Malaysia dan Indonesia, malah Brunei juga.

Hasil kreatif yang turut mendapat sokongan daripada MDEC ini sudah pastinya menyemarakkan lagi industri kandungan kreatif (creative content) yang mendapat sokongan penuh kerajaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang BoBoiBoy bolehla melayari www.animonsta.com, www.animonsta.blogspot.com dan juga laman sosial www.facebook.com/boboiboy manakala bagi twitter di www.twitter.com/boboiboy . Penulis berharap berita ini sama-sama kita warwarkan sebagai persediaan ibu bapa terutamanya menyediakan bajet tambahan untuk membeli merchandize Boboiboy yang akan turut mewarnai kehangatan animasi ini.
Posted by Picasa

Saturday, January 1, 2011

Antara Azam, Azim dan Azmi

Tahun 2010 melabuhkan tirainye. Skrip 2010 ada yang Happy, Sedih, Mendebarkan dan penuh kejutan. Rasenya tak perlu lah nak dibincangkan perkara yang sudah lepas, melainkan kita mencari Moral Of The Story untuk setiap yang telah berlaku. Sejauh mane kita telah mencapai KPI kita, target kita dan azam kita.

1.1.2011, tarikh keramat bagi kebanyakan orang. Ade kawan2 yang melangsungkan perkahwinan dan pertunangan. Tak kurang juga menjadikan tarikh tersebut sebagai detik memulakan alam pekerjaaan. Aku pon tak terkecuali , tahun 2011 bakal lebih mencabar, apetah lagi aku juga bakal memulakan tugas sebagai pelajar sepenuh masa. Tu lah , gatal sangat benti keja dan nk sambung belajar. Ada yang cakap aku ni tak fikir nak benti tanpa ada persediaan yang secukupnya. Aku pon tak tahu tindakan yang telah berlaku itu betul atau tidak, meninggalkan satu jawatan sebagai seorang pengurus semata2 nak sambung belajar.. Em apa pon benda dah berlaku, aku anggap itu satu pengorbanan demi mencari masa depan yang lebih gemilang.

Bercakap tentang azam, aku pon tak nak bercakap banyak tentang azam ni. Cuma aku menargetkan diri nak berkahwin pada hujung tahun ini. fuhh dasat ek aku punya planning. Nak wat cemana aku dah rase lama sangat membujang, dah rasa kesunyian walaupon ada kawan2 sebujangan. Yang lain2 aku harap dapat menghabiskan master aku secepat mungkin. Cukup.. ahahah aku taknak citer azam banyak2. Sebab azam selalu jadi azim ataupon azmi sahaja.. Hehe... Bak kata orang Korea, Caiyok!!!. Jepon Gambatehh!! Sayonara 2010, Welcome 2011!!