Salam semua.. Aku rasa terpanggil nak menulis berkenaan sikap "segelintir" penyokong Kelantan pada setiap kali perlawanan bolasepak. Ade saja yang masih tidak serik2 untuk membaling botol minuman, ada yang membakar mercun, ada yang membawa bendera parti politik, ada juga yang membakar bunga api dan bermacam - macam lagi tindak tanduk yang menyebabkan ketidakselesaan di kalangan pemerhati bolasepak.
Alhamdulillah, pasukan TRW menang, Piala Sumbangsih Sultan Ahmad Shah sudah berada di genggaman. Tapi sampai bila pe-el yang disebutkan di atas terus diulangi berkali2. Rasanye kali ini, penyokong selangor jauh dari tempat duduk penyokong kelantan. Sy yakin tiada sebarang provokasi dari pihak penyokong Selangor, Syabas untuk penyokong selangor yang memberi sokongan kepada pasukan mereka kerana penuh disiplin. Yang hairannye, kenapa sikap kebudak-budakan ini tak boleh dibuang. Klu pengetua sekolah aku dulu pernah cakap, perilaku ini dikategorikan sebagai "Uncivilized Barbarian ".. Agak kasar tapi aku rasa sudah tiba masa untuk para penyokong kelantan sendiri menyatakan secara terang-terangan, bahawa KAMI SANGAT TIDAK BERBANGGA DENGAN SIKAP PENYOKONG YANG TIDAK BERTAMADUN INI. Aku sendiri rasa amat ralat jika hadir menonton dikalangan penonton2 yang masih tidak boleh duduk dan menyanyikan lagu sorakan untuk pasuukan. Kenapa perlu ada balingan botol ? Kenapa perlu ada bedilan dan asap berkepul2? Kenapa perlu ada bendera politik?? Adakah kita kalah kalau kita tidak membaling mercun? adakah kita juga akan kalah kalau kita tidak membaling objek ke padang??
Aku ada membaca post dari salah seorang "peminat" yang menyatakan kalau disalurkan ketidak puasan hati pada saluran yang betul, tetap tidak mendapat perhatian. Siapa yang kata? kita ada ramai orang berpengaruh, terutama Tan Sri Anuar Musa yang kini merangkap Timbalan Presiden FAM. Tidak mungkin beliau mendiamkan diri andai ada perkara yang tidak memuaskan hati bagi pihak pasukan TRW.
Akhir sekali, sesiapa yang terasa dengan artikel ini, tulislah jejak anda. Aku cuma mahu "Anda" yang "terasa" itu sedar dan berubahlah. Sampai bila pasukan TRW terpaksa "membuang duit" kerana gara-gara" anda" yang tidak boleh menunjukkan sikap sebagai penonton yang baik? Susah sangat kah untuk kita menjadi penonton yang waras, memikirkan masa depan pasukan TRW dan memikirkan juga nama baik negeri Kelantan. Ayuhhhhhh.. Sedarlahh.. Aku bukan hendak membebel, tapi aku rasa benda yang tidak betul ini perlu diperbetulkan..
Sekian....
No comments:
Post a Comment