Nuffnang rakan niaga interaktif anda!!
Thursday, January 6, 2011
BoBoiBoy.. Siri Animasi Terbaru Karya Tempatan
BoBoiBoy.. Yer, itulah nama siri Animasi terbaru yang bakal menggegarkan dunia fantasi kanak-kanak di Malaysia tidak lama lagi. Buah tangan sulung daripada Animonsta Studio ini merupakan hasil kreatif daripada anak muda tempatan tanpa menggunakan kepakaran dari luar negara membuktikan industri animasi 3D di Malaysia sudah mencapai satu tahap kematangan. Boleh dikatakan industri animasi tempatan sudah menginjakan ke usia remaja selepas kita menyaksikan animasi 2D seperti usop sontorian, kluang man, Kampung Boy dan sebagainya.
Ok fokus utama dalam blog kali ini adalah sedikit informasi untuk dikongsi berkenaan dengan BoBoiBoy. BoBoiBoy adalah satu watak yang mengambil tiga unsur iaitu Bo, Boi dan Boy. Bo mewakili watak yang menggunakan kuasa bumi, langit dan kilat. Yang menarik, watak ini dilakonkan dalam dua versi iaitu bahasa Melayu yang dibawakan oleh si cilik Nur Fathiah manakala versi bahasa Inggeris dibawakan oleh adik Wai Kay. Sudah pasti BoBoiBoy boleh menempa nama yang besar seperti watak Upin Ipin yang digilai sehingga ke seluruh Malaysia dan Indonesia, malah Brunei juga.
Hasil kreatif yang turut mendapat sokongan daripada MDEC ini sudah pastinya menyemarakkan lagi industri kandungan kreatif (creative content) yang mendapat sokongan penuh kerajaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang BoBoiBoy bolehla melayari www.animonsta.com, www.animonsta.blogspot.com dan juga laman sosial www.facebook.com/boboiboy manakala bagi twitter di www.twitter.com/boboiboy . Penulis berharap berita ini sama-sama kita warwarkan sebagai persediaan ibu bapa terutamanya menyediakan bajet tambahan untuk membeli merchandize Boboiboy yang akan turut mewarnai kehangatan animasi ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment