Nuffnang rakan niaga interaktif anda!!

Sunday, May 1, 2011

Aku kembali!!

Assalamualaikum ... Wahh lama rasanya tak meng'updet' kat blog sini.. semenjak rajin membuat belog puisi yang bernama Bila Hati Berbicara Sendiri . Tapi tak lah lambat sangat.. baru je beberapa bulan (chewah!! cover line diri sendiri).. Jadi disebabkan lama sudah tidak mengisi ruangan ini, aku ceritakan sedikit dua dikit benda nk kongsi buat pengetahuan semua..

1. Nak citer pasal stadi.. Skang ni baru lepas Defence of Proposal (mula2 dengar nama ni, aku jadi cuak bangat... Defence tu, macam duk dalam court, kena pertahankan hujah2 kenapa nk buat projek nie).. buat yang belum tahu, aku sedang menyambung pengajian dalam bidang SiFu.. nak jadi tukang masak bukan di dapur.. Alkisahnya byk la kena buat sebelum tu.. ada sedikit gambar tatapan untuk kegiatan tidak bermoral aku sepanjang beberapa bulan menghadap benda2 nie.
Stok makanan untuk berjuang menyiapkan proposal setiap malam..

 2.   Citer kedua.. kerja2 aku buat sekarang.. (ni rahsia kerajaan ni, xleh bocor..) sekarang neh aku sedang buat keja2 part time je lah.. satu aku buat home tuition.. nak wat cemana, duit scholar tak masuk lagi, aku dah kekeringan nie, terpaksalah kerja jgak.. Jadual dia setiap ari selasa, khamis dan sabtu.. belah petang dan malam.. Gambar takde nk bagi hehe... Tapi yg kedua adalah keja sebagai promoter (TM Authorized Reseller tau) Ada gambar booth yg pernah aku jaga.. sila lihat dan tengok.. mesti tak jumpa kat mana aku eh.. sebab akulah jurugambarnye hahaha..
Booth TM (walaupun tulis Unifi, aku promote jgak untuk Streamyx pasal Unifi belum cover sumer tempat)

3.  Yang ketiga, pada 15hb April, genaplah umurku mencecah 29 tahun (tak main ar rahsia2 umur nie).. Aku tak de buat celebration besar2 pon, member aku ajak pegi ofice dia then sambut lah dgn makan bihun goreng, tiup lilin pastu potong kek.. Dan kat bawah ni adiah yg aku dpt... walaupun tak seberapa aku sgt menghargai setiap pemberian orang (nasib orang nk bagi kan..syukur la..)

Ada member kat FB comment, ni gambar sejenis binatang B*B*.baru perasan.. nanti aku tutup kawasan hidung dua tu)
4.   Jadi dengan semangat baru nie, insyaAllah aku akan terus menghapdet blog ni dari semasa ke semasa.. Jom memblogging.. ini pon atas semangat yg diberikan oleh Dj Funker FM.. Cik Yaya .. Mekasihhh...

Penutup kata, mau undur diri dulu.. nk sambung mempuisikan kat blog lagi satu..sambil layan radio internet Funker FM.

No comments:

Post a Comment