Nuffnang rakan niaga interaktif anda!!

Friday, December 31, 2010

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010



Tanggal 29 Disember 2010 menjadi sejarah baru dalam bolasepak Malaysia apabila Malaysia buat julung - julung kalinya menjadi juara baru untuk Piala AFF Suzuki 2010.
Lebih manis lagi kejayaan ini dilakar di bumi Gelora Bung Karno, Indonesia.

Barisan muda yang dikemudi oleh Khairul Fahmi Che Mat selaku penjaga gawang telah menunjukkan satu peningkatan dan kematangan dalam menghadapi serangan bertali arus bukan sahaja daripada pemain bolasepak Indonesia malah juga 95,000 penonton yang turut memprovokasikan kisah laser dan bomoh berikutan kemenangan Malaysia di Stadium Bukit Jalil.

Di hadapan Presiden Indonesia Susilo Bambang, Malaysia mengungguli saingan apabila Safee Sali memberikan gol di tempat lawan, sekaligus menjadikan agregat semasa 4 - 0 ketika perlawanan berbaki 36 minit. Meskipun selepas itu Indonesia cuba bangkit dengan dua gol, tidak memadai untuk memadamkan kelebihan Malaysia dan seterusnya gagal menghalang Malaysia menjulang Piala Suzuki buat kali pertama dan menyebabkan Indonesia terus berputih mata.

Pujian harus diberikan buat K. Rajagopal yang berani mempertaruhkan barisan mudanya dalam menyaingi pasukan asia tenggara yang lain. 22 barisan pemain yang membawa saingan Malaysia kali ini harus diberikan lebih ruang di masa hadapan untuk mempertingkatkan kemampuan mereka dan seterusnya menaikkan nama Malaysia di mata duni dalam arena bolasepak.

Ayuh, Malaysia Boleh membuat penampilan pertama di Sukan Olimpik 2012 di London jika pemain yang ada memberikan disiplin dan komitmen terhadap negara. Tahniah wirawan Negara.. We Love U!!

No comments:

Post a Comment