Nuffnang rakan niaga interaktif anda!!

Sunday, August 28, 2011

Resepi Tapai Pulut

Salam lebaran kpd semua.. hari ni 29 ramadhan 1432 H, bermakna esok atau lusa insyaAllah umat Islam akan menyambut lebaran..

So hari ini, saya nak memohon ampun kepada semua teman2 tak kira teman maya atau teman realiti, hakikatnya kita memang insan yang diamanahkan oleh-Nya untuk beribadat kepada Allah dan Rasul-Nya.

Dalam pada itu, saya ingin berkongsikan resepi TAPAI PULUT.. sebab ada antara teman2 nk sgt tau cara2 buat tapai pulut ni..

jeng jeng jeng..kalau salah step tu harap maaf, sebab dah menulis waktu memalam ni.. kul 1.40 pagi da kat cni..

Langkah 1 :

Ambil beras pulut.. tanaklah dalam periuk sehingga masak.. Macam tanak nasi jugak.. pastikan betul2 masak.. tak boleh kering atau basah sgt.. maknanya kasi dia masak yg boleh dimakan ..

Ini lah tanak beras pulut..ala takkan tak reti kan..mesti reti..dlm tu ada beras pulut dan air..
Langkah 2 :

Bagi yg membuat cara tradisional (menggunakan daun pisang) boleh follow step ini.Kalau guna cara moden (Bekas plastik kecik tu, boleh skip lah).. Step yg dimaksudkan adalah memotong daun pisang mengikut ukuran yg sepatutnya.. Dan daun pisang itu juga perlu di layurkan supaya bila dibungkus daun tu nanti, tak koyak.. Ala senang citer tengok je gmbar bawah ni OK.. hikhikk


Ni daun yg perlu dipotong.. potong tu kasi bentuk dia cantik sikit..
Ni daun yg da dipotong cantik.. dilayurkan supaya bila bungkus nanti tak mudah koyak.. kira daun pisang lebih  anjal lah.. leh bungkus dengan mudah.

Langkah 3 :

Sejukkan la pulut yg da siap masak tadi... seratakan di atas dulang besar ni supaya cepat sejuk.. dah sejuk baru boleh bungkus tau..

Ni masa sejukkan.. tengok betul2 tu..takde ape2 benda pelik atas pulut ni..
Langkah 4 :

Hurmm masa ni, ragi akan ditaburkan sama rata di atas pulut yg disejukkan ini..

cuba perhatikan gmbar ni ngn gmbar atas, atas tu takde wane putih2  (ragi la tu)..pastu takde sudu..hehe standby sudu nk cedok jap agi
Langkah 5 :

Mari lah kita membungkus pulut dalam daun pisang yg telah dilayurkan tadi (atau gunakan bekas plastik jika tak de daun pisang).. jeng jeng jeng... 

Mak dengan berhati2 mencedok pulut ke atas daun pisang kemudian dibungkus cantik2 mcm bungkus nasi lemak.
Ha... da siap pon... laju kan .. dengan pertolongan anak mak yg sorang ni, maka cepat la siap bungkusnya..
Langkah 6 :

Last skali, untuk memeram tapai ini selama 2 hari 2 malam, bungkuskan besen yg mengandungi tapai ini dengan kain .. Tujuannya untuk memastikan proses penapaian berlaku dengan cepat. Tapi awas, jangan buka2 lagi kain tu sehingga cukup tempoh masaknya.. haa..ingat pesanan ini....Tauu... 

Mak dah penat dah selepas bungkus tapai ini.. ready for penapaian..ala lupa bahasa inggerisnya..
Langkah 7 :

Sekian itu sahaja..sampai langkah 6 aje le... mekasih kerana membaca sehingga langkah 7 ini.. sila ulang langkah 1 jika tidak faham lagik..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin....

Tuesday, August 23, 2011

Album Sulung Ezad Lazim (Mengharap Bintang)

Alhamdulillah, setelah lama tak menulis di blog ini, kali ini berpeluang jugak nak menconteng2..

Tapi kali ni Edisi Khas... Hah?? nape edisi Khas... Kali ini saya nk membawakan preview tentang album pertama Ezad Lazim setelah hampir 5 tahun tanpa album baru selepas perpecahan beliau dari kumpulan Exists.

Album yang bertajuk Mengharap Bintang ini telah berada di pasaran pada 22 Ogos 2011 (semalam).. Saya berpeluang membeli senaskah album tersebut pada hari ini.. yeah sudah ada di tangan.. So hari ini nak menulis berkenaan album ini..

Album ini mengandungi 10 album (5 lagu baru dan 5 lagu di rakam semula) :
1. Mengharap Bintang (lagu baru)
2. Gambaran Sebuah Rindu (lagu baru)
3. Kau dan Aku Yang Dulu (lagu baru)
4. Tiba-Tiba Teringat (lagu baru)
5. Percintaan Ini (lagu baru)
6. Alasanmu
7. Dirantai Digelangi Rindu
8. Masih Terserlah Ayumu
9. Mengintai dari Tirai Kamar
10. Rindu Serindu Rindunya

Jap kita tgk cover albumm dia plak..

Seterusnya .. dengan kerajinan yang ada.. saya nk tulis beberapa lirik lagu baru ezad lazim ini.. hehe..

1.  Mengharap Bintang (Lagu Manusia Putih / Lirik Mawar Putih)



Remuk remuk jantungku
Sakit sakit hatiku
Saat kau tinggalkan diriku
Sunyi hidup tanpamu

Sungguh perih hidupku
Sungguh sepi malamku
Betapa sedihnya jiwaku
Menantikan dirimu

Kurindukan dirimu
Rapuh hidup tanpamu
Kembalilah peluk hatiku
Temanilah mimpiku

Patah sayap cintaku
Jauh dari kasihmu
Lagu ini hanya untukmu
Kembalilah cintaku

(Korus)

Tuhan tolonglah diriku
Kembalikanlah cintaku
Aku kan setia menunggu
Hingga hujung nafasku

Tuhan tolonglah diriku
Kabarkan aku menunggu
Sampai kapan pun kutunggu
Kerna dia hidupku

( ulang korus )

2. Gambaran Sebuah Rindu (Lagu dan Lirik : Ed Lazim)

Di Mata mu ku lihat segugus perasaan yang pernah kau bayangkan
Di hati ku terpendam sejuta kerinduan tak mampu ku gambarkan
Di wajah mu terlukis sebuah kecintaan yang tulus suci
Dan jua hati ini sering berkata engkaulah juwita kasihku

Korus :

Namamu yang seindah itu
Memberi semangat baru
Izinkan diri ini menyapa hati mu


Sayang berikan senyuman yang terindah
Rindu sering bertamu di hati
Kasih diri ku amat menyintai dirimu seabadi

Andainya aku pergi dulu
Simpankan saja kenangan yang lalu
Kiranya kini engkau dimiliki
Ingatlah aku insan yang sepi
Oh... Oh... Oh.....

3. Kau dan Aku Yang Dulu (Lagu Harun Ahmad / Lirik Habsah Hassan)

Usahlah bertanya tentang hati ini
Cukuplah ku kata ku redha begini
Walaupun mimpi berkecai
Harapan hati tak sampai
Ikatan Persahabatan tidak terurai

Ku Ikhlas menerimamu
Sebagai teman karibku
Seperti kau dan aku yang dulu

Korus :
Temanku di atas nama persaudaraan
Anggaplah diriku teman seperjuangan
Sedia melindungimu, mendorong serta membantu
Menyumbang apa termampu...Seterdayaku

Ku Ikhlas menerimamu
Sebagai teman karibku
Seperti kau dan aku yang dulu

Hatiku dan sepiku ini
Biar saja Tuhan mengurusi
Ku pasti akan tiba.. waktu
Ku bertemu penggantimu..

Korus (II) :
Anggaplah diriku 
Teman sentiasa di jiwamu
Kenangan bersama yang ku abadikan selamanya


Usahlah bertanya tentang hati ini
Biarlah ku redha sepi begini

4. Tiba - Tiba Teringat (Lagu Saari Amri / Lirik Juwie)

Tiba tiba aku teringat dirimu
Entah mengapa ku pun tak tahu
Tiba tiba aku rindukan dirimu
Entah mengapa ku pun tak tahu

Apa khabarmu sayang
Masihkah kau ingat kepadaku
Tiba-tiba aku ingin hubungimu
Tapi adakah kau sudi lagi


Ingin ku bertanya apa yang terjadi
Setelah kita berpisah dulu
Senyumanmu terbayang
Seolah kau memanggilku

Korus :
Jiwaku merindu ingin bertemu
Tetapi dapatkah kau  menerimaku
Jika kau merindu sambut cintaku
Ku harap cinta berterusan 
Walau jauh di mata... 
oooh..oooh...

Hanya pada Tuhan 
Ku Mohon dikabulkan doa
Untuk bertemu denganmu
Kenangan cinta kita
Terlalu indah bagiku

Sejak dulu aku sayang kepadamu
Tapi engkau yang tak memahami
Sejak dulu aku cinta kepadamu
Hingga kini tak berubah hati


La..la..la...la....
Tiba-tiba aku rindukan dirimu
Entah mengapa ku pun tak tahu...

5. Percintaan Ini (Lagu Eddie Hamid / Lirik Nizam Hamid)

Masih terbayang di ruangan mataku
Saat indah bersamamu dulu
Masihku ingat janji manismu
Bertakhta di hatiku
Ooh... o.h....oohh...

Di kala itu engkau lah bintang
Menyuluh malam yang kegelapan
Tetapi kini tiada lagi
Tinggalku sendiri


Korus :
Percintaan ini amat memilukan
Perpisahan ini sungguh menyakitkan
Namun apa daya terpaksa ku telan semua kepahitan

Kepiluan ini meracun hidupku
Kesunyian ini membunuh jiwaku
Tergamak kau sayang
Melihat diriku dalam kesedihan
Dipermainkan olehmu

Sia - sia saja percintaan ini
Tak bisa sampai ke puncak nya
Sekelip mata hilang semuanya
Yang tinggal hanya airmata

Ohh..Ohh...Oh....

********************************************

Hahaha..rajinnya menulis semua lirik2 lagu dalam ni.. Apa lagi, boleh dapatkan naskah album yang original di Music Valley (Tesco Giant Jusco sumer ada).. juga di kedai Speedy Video yang berhampiran.. Tak rugi.. memang berbaloi...


Last skali, aku nak bagi rating.. bagi (8/10) overall... jadi maknanya sangat best... nk bagi 10/10 macam over sangat pulak..orait..sekian.. Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya..