Nuffnang rakan niaga interaktif anda!!

Friday, December 31, 2010

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010



Tanggal 29 Disember 2010 menjadi sejarah baru dalam bolasepak Malaysia apabila Malaysia buat julung - julung kalinya menjadi juara baru untuk Piala AFF Suzuki 2010.
Lebih manis lagi kejayaan ini dilakar di bumi Gelora Bung Karno, Indonesia.

Barisan muda yang dikemudi oleh Khairul Fahmi Che Mat selaku penjaga gawang telah menunjukkan satu peningkatan dan kematangan dalam menghadapi serangan bertali arus bukan sahaja daripada pemain bolasepak Indonesia malah juga 95,000 penonton yang turut memprovokasikan kisah laser dan bomoh berikutan kemenangan Malaysia di Stadium Bukit Jalil.

Di hadapan Presiden Indonesia Susilo Bambang, Malaysia mengungguli saingan apabila Safee Sali memberikan gol di tempat lawan, sekaligus menjadikan agregat semasa 4 - 0 ketika perlawanan berbaki 36 minit. Meskipun selepas itu Indonesia cuba bangkit dengan dua gol, tidak memadai untuk memadamkan kelebihan Malaysia dan seterusnya gagal menghalang Malaysia menjulang Piala Suzuki buat kali pertama dan menyebabkan Indonesia terus berputih mata.

Pujian harus diberikan buat K. Rajagopal yang berani mempertaruhkan barisan mudanya dalam menyaingi pasukan asia tenggara yang lain. 22 barisan pemain yang membawa saingan Malaysia kali ini harus diberikan lebih ruang di masa hadapan untuk mempertingkatkan kemampuan mereka dan seterusnya menaikkan nama Malaysia di mata duni dalam arena bolasepak.

Ayuh, Malaysia Boleh membuat penampilan pertama di Sukan Olimpik 2012 di London jika pemain yang ada memberikan disiplin dan komitmen terhadap negara. Tahniah wirawan Negara.. We Love U!!

Sunday, December 19, 2010

Mendaftarkan blog - blog sebagai rakan pautan

Salam semua,

Ada berita baik. Sape2 yang ada cadangan pautan blog untuk diletakkan dihalaman ini, semestinya dialu - alukan. Janji same2 dapat manfaatnye. Blog yang diberikan perlu lah mendaftarkan blog ini dalam rangkaian pautan anda juga.. Ok ape, win2 situation.. hehe.. Aku pon nak glamer gak macam orang lain.

Sesiapa yang berminat, boleh email ke aimanfreepaid@gmail.com

Wednesday, December 15, 2010

Membuang navbar pada blog anda



Navigation bar @ ringkasnya navbar adalah benda yg tersangkut pada blogspot anda, Mungkin ada yg rimas melihat navbar tersebut. Setelah dikorek2 isi internet ni, dapatlah aku ilmu baru untuk membuang navbar tersebut.

Stepnye sangat mudah, dan aku cuba ringkaskan lagi disini.

1. Masuk ke dashboard masing2,
2. Pegi kat Layout > Edit HTML
3. Pastu copy text berikut dan letakkan di bahagian yg akan diterangkan sekejap lagi
#navbar-iframe {
display: none !important;
}
4. Paste di tempat selepas Blogger Template Style ni. Maksudnya lepas je garisan dash tu abis, paste kat bawah tu seperti aku buat ney. Yang kaler ijau ni adalah yg text kita copy tadi.
...

-----------------------------------------------
Blogger Template Style
Name: Rounders
Designer: Douglas Bowman
URL: www.stopdesign.com
Date: 27 Feb 2004
Updated by: Blogger Team
----------------------------------------------- */
#navbar-iframe {
display: none !important;
}
5. Last sekali save kan.. pastu leh prebiu .. dah takde dah menda sangkut2 tu..

happy blogging ye kawan2..

Pelantar Minyak Petronas Terbakar (Bekok C)


Alahai, permulaan blog aku yang tidak berapa sedap didengar. Kenapa? aku baru mendapat khabar yang kawan sekolah aku (Kini bekerja di Pelantar minyak Petronas,) terlibat dalam insiden kebakaran di pelantar pada hari selasa (14/12/2010). Beliau sudah stabil tetapi masih dalam rawatan rapi.
Harap beliau dan rakan2nye yang lain akan segera sembuh. Aku pon tak sangka teruk dia kena. Ada gambar juga untuk sama2 kita tengok. Agak serius kecederaannya. Kawan ku adalah gambar kanan bawah. Paling kritikan antara yang lain2.. Semoga dia tabahh untuk meneruskan kehidupan..Innalillahi wainna ilahirajiunn