Nuffnang rakan niaga interaktif anda!!

Tuesday, February 7, 2012

ETS - Merentas Destinasi



Hi semua.. Hari ni nk cerita pengalaman menaiki train ETS. Ramai yang dah tahu tapi sebagai maklumat tambahan (dan dari padangan pelanggan) tentang perkhidmatan ETS. ETS ni adalah salah satu lagi perkhidmatan keretapi selain daripada KTM Komuter dan juga perkhidmatan Intercity oleh KTM Berhad. So apa yang saya tengok tentang ETS ni sebenarnya untuk dipuji memang banyak.

Sebelum kita puji, mari kita amik tahu tentang ETS tu sendiri. Setiap hari , ETS akan membuat lebih kurang 10 perjalanan pergi dan 10 perjalanan balik dari Ipoh - KL - Seremban. Tapi sebelum kita naik ETS ni, sebenarnya ETS ni pon ada tiga kategori perjalanan, iaitu SILVER, GOLD dan PLATINUM.

ETS - SILVER  : Perjalanan menggunakan ETS silver ini melibatkan perjalanan dari Seremban - KL - Ipoh dan akan berhenti di semua stesen - stesen di antaranya, iaitu lebih kurang 20 stesen. Jadi masa perjalanan akan sedikit lama iaitu 2 JAM 40 MINIT. Harga tiket  pulak murah la , sebab perjalanan amik masa lama, harga untuk Dewasa dari RM9 hingga RM31 mengikut tempat perjalanan kita.

ETS - GOLD : Perjalanan ETS gold pula, hanya melibatkan perjalanan dari KL - IPOH sahaja. Ia melibatkan 9 hentian stesen. Harga tiket untuk ETS - GOLD adalah dari RM9 - RM35 bergantung kepada tempat hentian. Masa perjalanan pula selama 2 JAM 15 MiNIt..

ETS - PLATINUM  : Untuk perjalanan ETS platinum pula, perjalanan dari KL - IPOH tetapi tiada hentian di antaranya. Jadi masa perjalanan disingkatkan menjadi 2 JAM sahaja.

Tapi perlu diingatkan juga, bahawa jenis perjalanan ini adalah mengikut masa. contohnya, untuk ETS PLATINUM , hanya untuk perjalanan pukul 8 pagi sahaja.. ETS GOLD ada 4 perjalanan dan ETS SILVER ada 5 perjalanan.

Dari segi tempat duduk pula, macam biasalah susunan dalam KTM secara dua hala , separuh mengadap ke depan dan separuh mengadap ke belakang.

Setiap pasangan tempat duduk (Dua seat yang bersambung) terdapatnya 1 soket untuk kegunaan mengecas dan menggunakan laptop.  Manakala terdapat juga 1 TV set yang dipasang sepanjang perjalanan, dan memberitahu lokasi stesen hentian. Selain itu juga, ETS juga menyediakan kemudahan tandas dan juga kantin untuk mereka yang tidak sempat mengisi perut sebelum perjalanan.

Jadi, saya telah mengalaminya sendiri, dan tidak pernah berlaku sebarang kelewatan masa perjalanan. Dan sangat disyorkan kepada anda yang berada di IPOH-KL- SEREMBAN untuk mencuba perkhidmatan ini.

Sekian...